Thursday, September 29, 2011

23 maut Taufan Nesat landa Filipina


BEBERAPA penduduk mengharungi air banjir di Calumpit, utara Manila semalam.


CALUMPIT - Puluhan ribu orang di Filipina menghadapi banjir semalam selepas Taufan Nesat menyebabkan 23 orang mati.

Beberapa tempat di pinggir Manila dipenuhi dengan air banjir setinggi 1.5 meter.

Pihak berkuasa menghantar bot-bot untuk menyelamatkan orang ramai yang terperangkap di atas bumbung di rumah mereka.

Salah satu kawasan yang teruk dilanda taufan itu ialah di wilayah Bulacan yang sejam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Manila.

"Dua daripada anak saya terperangkap, mereka menghantar mesej pesanan ringkas yang menyatakan terpaksa tinggal di atas bumbung," kata seorang pengawal keselamatan, resty Tolentino di rumahnya di sini.

Taufan itu melanda Pulau Luzon menjelang subuh kelmarin sekali gus membawa sejumlah hujan yang lebat.

Ramai di antara yang mati itu adalah akibat tanah runtuh di kawasan pergunungan di utara Filipina.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: