BAHAGIAN mata juga perlu diberikan perhatian khusus agar penampilan dilihat sempurna. Menyedari keperluan tersebut, baru-baru ini Clinique menampilkan pembayang atau pewarna mata anti-oksida yang boleh bertahan selama lapan jam.
Penggunaan bahan-bahan seperti ekstrak vitamin E, lobak, brokoli, beri dan bayam dilihat mampu memberikan formula antioksida pada bahagian mata di samping penjagaan rapi di kawasan sekitarnya.
Di samping itu, penghasilannya turut menggunakan bahan semula jadi lain seperti timun, aloe vera dan kafein bagi membantu menghilangkan kesan mata yang keletihan agar kelihatan lebih segar.
Lid Smoothie Antioxidant 8 hour Eye Colour boleh didapati dalam tujuh warna menarik seperti Bit O'Honey, Born Freesia, Sassy-fras, Cute-cumber, Pinko Biloba, Currant Affair dan Lick-orice.
Kesemua warna ini dikategorikan dari nude, keemasan hingga violet, biru dan beri.
Lid Smoothie Antioxidant 8 hour Eye Colour sudah boleh didapati di semua kaunter Clinique seluruh negara hari ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: