TERDAPAT beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh jemaah haji. Antaranya:
* Jemaah haji tidak dibenarkan membawa alatan tajam di dalam beg kecil (hand luggage) seperti pisau, gunting dan sebagainya.
* Barangan larangan ke Tanah Suci yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi seperti risalah politik yang mempunyai propaganda tertentu.
* Jemaah haji juga tidak dibenarkan membawa barang dagangan untuk tujuan perniagaan.
* Jemaah haji tidak dibenarkan membawa mata wang tunai melebihi RM1,000 atau mata wang asing tidak melebihi USD10,000 (RM30,000).
* Berhubung dengan penggunaan barang-barang cecair seperti aerosol atau gel, yang tidak melebihi 100ml hendaklah dibungkus dalam plastik khas.
Sebagai maklumat tambahan, sebelum bakal haji berlepas ke Tanah Suci, mereka hendaklah membuat semakan senarai syak (halangan meninggalkan Malaysia).
Semakan tersebut boleh dibuat dengan memilih mana-mana satu daripada kaedah berikut:-
* semakan di mana-mana Pejabat Imigresen
* semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Caranya: Taip 'REQSSP nombor kad pengenalan' dan hantar SMS ke nombor 019-2772497.
Nombor kad pengenalan tidak perlu tanda sengkang (-). Jawapan akan diterima melalui SMS.
* Semakan melalui Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia.
Caranya:- Layari:http://www.imi.gov.my
Klik di: Sistem Semakan Status Perjalanan. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan di Sistem Aplikasi Elektronik (JIM) dan tekan butang 'semak'. Keputusan semakan akan diterima secara automatik.
Sebagai rumusan, semua bakal haji adalah dinasihati menjaga kesihatan diri masing-masing baik daripada segi mental mahupun fizikal.
Banyakkan bersenam yang boleh meningkatkan stamina supaya dapat melakukan ibadat haji.
Banyakkan berdoa supaya segala urusan dapat dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sesungguhnya ibadat haji menguji keimanan dan ketakwaan terhadap-Nya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: