MENGHITUNG kedatangan Aidilfitri mengundang pelbagai rasa di hati, enam duta Alliance University College of Medical Sciences (AUCMS) juga tidak terkecuali.
Macam-macam cerita Syawal diutarakan tatkala Khai Wahi, Rosma, Lan Kristal, Salima Habibi, Aliff Razali dan Zuraini Kassim berkumpul.
Semua itu diluahkan saat menghadirkan diri pada sesi fotografi Aidilfitri di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bermula dengan usikan manja yang kemudiannya bertukar menjadi bahan lawak sepanjang masa menjadikan keadaan cukup harmoni sekali.
Tambahan pula, selepas single raya mereka berjudul Senda Gurau Hari Raya terbitan World Event Management sudah kedengaran di corong radio.
Sekali gus menyuntik semangat baru sewaktu menempuh detik terindah termasuk sewaktu pulang ke kampung halaman. Ikuti cerita yang dikongsikan mereka bersama pembaca Pancaindera.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: