Saturday, September 17, 2011

Myvi model 1.5 laris



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan dua variasi baru Myvi menyumbang 45 peratus kepada 8,000 unit jumlah jualan keseluruhan bulanan model itu sepajang tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, dua variasi itu adalah Myvi Edisi Khas (SE) dan Extreme baru yang lebih selesa dan bergaya.

Katanya, secara keseluruhan permintaan Myvi sangat menggalakkan kerana model terdahulu (1.3) menerima 34,000 tempahan dan 18,000 unit telah dikeluarkan sehingga 8 September lalu, manakala Myvi SE menyumbang 30 peratus ke atas jumlah keseluruhan jualan tahunan model itu.

“Serentak dengan pelancaran dua model baru ini, kami yakin sasaran jualan 190,000 unit kenderaan yang kami rancang sepanjang tahun ini dicapai dengan mudah dan seterusnya membantu pertumbuhan yang lebih kukuh menjelang 2012,” katanya selepas upacara perasmian Myvi 1.5 di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas tentang tempahan untuk Myvi model 1.5, beliau berkata, setakat ini 2,000 unit telah ditempah dan 80 peratus daripadanya adalah Myvi jenis SE.

Beliau berkata, 23 peratus daripada jumlah tempahan adalah jenis: variasi berwarna menarik seperti Kuning, Putih dan Hitam Metalik, dengan tawaran harga bermula RM50,900 hingga RM61,700.

Aminar berkata, daripada segi pecahan keseluruhan jualan kenderaan Perodua, Viva adalah model paling laris diikuti Myvi kerana sebahagian jualan disokong permintaan daripada luar negara.

“Setakat ini pasaran eksport utama Perodua adalah Sri Lanka, Indonesia dan United Kingdom selain menerima tempahan di Singapura dan Brunei,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: