Monday, September 5, 2011

CMC Benefit sedia latihan usahawan muda


FAUZIAH (tengah) bergambar bersama ahli-ahli Gerakan Belia 4B Cawangan Setia Alam, Shah Alam di Subang Jaya baru-baru ini.


SUBANG JAYA - CMC Benefit (M) Sdn. Bhd. (CMC Benefit), pengedar produk kesihatan dan kecantikan berasaskan minyak kelapa dara, kini bekerjasama dengan Gerakan Belia 4B untuk melatih anak-anak muda menjadi usahawan, sekali gus memperkembangkan lagi perniagaan syarikat berkenaan.

Pengarah Urusannya, Fauziah Abd. Aziz berkata, syarikat itu mengadakan sesi pertemuan pada setiap minggu dengan golongan belia yang mencari pengalaman dan pengetahuan di samping berminat dalam menjalankan pelbagai aktiviti keusahawanan.

"Kami tidak memaksa mereka untuk menyertai syarikat ini, bagaimanapun kebanyakan peserta akan menjual produk keluaran CMC Benefit bagi mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sini," katanya dalam satu pertemuan di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: