MEWAH...ilustrasi Resorts World Miami yang berkeluasan 10 juta kaki persegi.
GENTING Malaysia Berhad (Genting) akan melabur kira-kira RM9 bilion bagi membangunkan pelan induk projek Resorts World Miami yang terletak di bandar raya Miami, Amerika Syarikat.
Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, projek itu merangkumi pembangunan bercampur di tapak seluas 10 juta kaki persegi berhampiran lapangan terbang antarabangsa dan pantai Miami menjadikannya satu daripada projek pembangunan terbesar dalam sejarah Florida.
“Resorts World Miami akan mempercepatkan evolusi Florida sebagai destinasi global di Amerika. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan Resorts World Miami sebagai resort destinasi yang paling berjaya di Amerika.
“Pembangunan ini merangkumi empat hotel dengan 5,200 bilik dan dua menara kediaman dengan 1,000 unit. Ia meliputi segmen hotel super mewah, kontemporari, konvensyen dan keluarga,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam. Turut dibangunkan menara podium dua tingkat, galeria runcit mewah di keluasan 250,000 kaki persegi menempatkan lebih daripada 50 buah restoran, lounge, bar dan kelab malam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: