Saturday, September 17, 2011

Siapa hebat?

pix_middle

PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson berkata Wayne Rooney mengingatkannya kepada Pele. Adakah dakwaan itu tepat?

Rooney

Lahir: 24 Oktober 1985 di Croxteth, Liverpool.

Tinggi: 1.77m


Kelab: Everton (2002-04), Manchester United (2004-kini).


Penampilan kelab keseluruhan: 288

Jaringan kelab keseluruhan: 125

Gelaran bersama kelab: Liga Perdana (4), Piala Liga (2), Liga Juara-Juara.

Penampilan antarabangsa: 72

Jaringan antarabangsa: 28

Umur ketika penampilan pertama: 17

Kemenangan Piala Dunia: 0

Kemuncak karier: Menjuarai Liga Juara-Juara ke atas Chelsea di Moscow pada 2008.

Kejatuhan karier: Persembahan hambar menentang Algeria diikuti komen lantangnya terhadap penyokong England ketika Piala Dunia 2010, satu kejohanan yang gagal menyerlahkan kehebatan Rooney.

Katanya: “Seronok melihat penyokong anda mengejek anda, itulah yang dikatakan penyokong setia.” -Rooney naik angin selepas seri dengan Algeria dalam Piala Dunia 2010.

Kata mereka: “Dia adalah pemain yang saya sanggup bayar untuk menyaksikannya. Dia seorang pemain yang beraksi tanpa rasa takut dan jika anda penyerang seperti itu, tiada halangan untuk anda.” -bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry.

Penajaan: Mempunyai kontrak dengan Nike dan EA Sports. Sebelum ini mempunyai kontrak dengan Coca-Cola tetapi digugurkan pada 2010 selepas terbabit dalam skandal luar nikah




Pele

Lahir: 23 Oktober 1940 di Tres Coracoes, Brazil.

Tinggi: 1.72m

Kelab: Santos (1956-74), New York Cosmos (1975-77).

Penampilan kelab keseluruhan: 720

Jaringan kelab keseluruhan: 685

Gelaran bersama kelab: Kejuaraan Sao Paulo State (4), Piala Brazil (3), Copa Libertadores (2), Piala Intercontinental (2), NASL.

Penampilan antarabangsa: 92

Jaringan antarabangsa: 77

Umur ketika penampilan sulung: 16

Kemenangan Piala Dunia: 3

Kemuncak karier: Menjuarai Piala Dunia 1970 bersama pasukan terbaik dalam sejarah

Kejatuhan karier: Tersingkir pada Piala Dunia 1966 di peringkat kumpulan selepas tewas kepada pertahanan Bulgaria dan Portugal.

Katanya: “Semua kanak-kanak yang bermain bola di dunia ini mahu menjadi seperti Pele. Saya mempunyai tanggungjawab besar bukan saja bagaimana untuk menjadi seorang pemain bola sepak tetapi bagaimana menjadi seorang lelaki.”

Kata mereka: “Saya memberitahu diri sebelum perlawanan, dia hanya manusia biasa seperti orang lain tetapi saya tersilap.” -pertahanan Itali, Tarcisio Burgnich, yang mengekang Pele dalam final Piala Dunia 1970.

Penajaan: Memakai but Puma ketika bermain. Popular kerana mempromosi Pfizer.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: