BAGI wanita yang bergelar suri rumah, sebahagian besar masanya akan dihabiskan di dapur. Celik sahaja mata, mereka akan ke dapur. Sebelum masuk tidur juga akan ke dapur untuk mempastikan ia berada dalam keadaan kemas dan bersih.
Justeru menjadi idaman setiap wanita untuk memiliki kabinet dapur yang nampak kemas dan teratur.
Kabinet dapur memang diperlukan lebih-lebih lagi bagi rumah yang memiliki ruang dapur yang kecil.
Ruang yang ada biasanya hanya cukup untuk barangan yang perlu seperti peti sejuk, dapur, mesin basuh dan meja makan. Sementara barangan lain atau pinggan mangkuk boleh disimpan di dalam kabinet.
Bagaimanapun masih ramai yang tidak tahu hendak memilih kabinet yang sesuai dengan dapur mereka, bahan-bahan pembuatan yang digunakan, harga yang berpatutan dan jangka masa ia bertahan.
Jika anda kebetulan sedang mencari-cari pakar membuat kabinet dapur, apa kata jika berkunjung ke Dapur Idaman yang terletak di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.
Dapur Idaman merupakan konsep dapur impian rekaan Impiana Dagang yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Amran Abdullah dan Zarina Noor Mohamed Al-Haj.
Ia menyediakan konsep terbaru kabinet dapur moden pada harga yang mampu oleh semua golongan.
''Kami amat mementingkan akan kualiti dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan.
''Terdapat beberapa bahan yang boleh dipilih oleh pelanggan seperti solid surface, ABS melamin, akrilik dan nyatoh kukuh, bergantung kepada bajet dan kehendak pelanggan,'' kata Zarina.
Katanya, pelanggan yang datang akan diberikan nasihat bagaimana hendak memilih kabinet dapur yang bersesuaian dengan rumah mereka, rekaan dan daripada aspek pemasangan.
Beberapa rekaan boleh dipilih oleh pelanggan sama ada klasikal, moden atau kontemporari.
Bagaimanapun jika tidak tahu mana yang hendak dipilih, Zarina akan memberikan nasihat.
Ini untuk memberi pelanggan pilihan dan mempastikan kehendak mereka tercapai dan mereka berpuas hati.
''Kabinet dapur klasikal menggunakan nyatoh kukuh kerana kayu nyatoh tidak mudah reput. Pada masa dulu mereka yang mempunyai kabinet dapur daripada kayu nyatoh berasa amat bangga.
''Terbaru ialah kabinet dapur yang menggunakan kaca 3G atau 4G. Kaca 3G mudah dibersihkan jika kotor, mudah dijaga dan lebih tahan sementara kaca 4G lebih mampat dan berkilat.
''Kaca 3G dan 4G amat sesuai kepada pemilik rumah yang sentiasa sibuk, jarang berjumpa dan hanya meninggalkan nota di dapur kerana sebarang pesanan boleh ditulis pada pintu kabinet dapur.
"Selepas itu ia mudah sahaja dilap seperti papan putih. Orang sekarang sukakan yang ringkas, senang dijaga dan tidak mengeluarkan banyak belanja.
''Warna-warnanya juga terang dan menarik, iaitu merah, hijau oren dan hitam dan warna-warna ini mendapat sambutan ramai,'' jelas Zarina lagi yang mengenakan harga daripada RM1,999 ke atas.
Beliau menambah, bahan yang terdapat di dalam 3G dan 4G juga tidak disukai anai-anai, oleh itu ia sukar reput dan tahan lebih lama.
Menurut Zarina lagi, sebelum memasang kabinet dapur, pihaknya akan menasihatkan pemilik rumah supaya melakukan semburan serangga di rumah bagi membunuh anai-anai.
Selain membuat kabinet dapur, Impiana Dagang turut membuat kabinet pakaian, hiasan dalaman, rekaan grafik dan ubah suai rumah serta pejabat.
Kepada anda yang berminat, bolehlah menghubungi Amran di 012-2030465 atau layari www.dapuridaman.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: