|
|
HONG KONG – Pelakon drama terkenal Hong Kong, Charmaine Sheh mendedahkan dia obses dengan kasut dan sanggup membelanjakan sejumlah wang bagi mendapatkan kasut yang diingini.
Baru-baru ini, pelakon tersebut diundang sebagai tetamu istimewa dalam satu majlis pelancaran kasut jenama ‘Joy & Peace’ di Chengdu, China.
“Saya mempunyai beratus-ratus koleksi kasut di rumah dan akan membeli sekurang- kurangnya sepasang kasut ketika keluar membeli-belah.
“Saya mempunyai kegilaan terhadap kasut dan tidak dapat mengawal diri apabila melihat himpunan kasut yang cantik,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon tersebut menyatakan kasut yang paling mahal pernah dibelinya bernilai puluhan ribu dolar dan masih ada yang belum sempat dipakai.
Pelakon itu bagaimanapun tidak berniat untuk mendermakan kasutnya kepada pihak tertentu.
“Saya tidak akan mendermakan kasut saya kerana setiap daripadanya mempunyai nilai yang tersendiri dan saya sanggup berlari dengan memakai kasut tumit tinggi,” selorohnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: