|
|
MUMBAI - Tahun 2012 akan menjadi tahun yang paling diingati yang mana kebanyakan bintang Bollywood akan berumah tangga.
Pelakon wanita terkenal, Dia Mirza juga tersenarai dalam kategori itu.
Pelakon yang berusia 29 tahun itu mengakui bercinta dengan rakan kongsi perniagaannya, (syarikat penerbitan Born Free) dan pengarah filem Love Breakups Zindagi, Sahil Sangha serta mengumumkan bahawa mereka akan berkahwin pada tahun depan.
“Ya, kami tengah bercinta dan saya akan berkahwin dengannya mungkin pada tahun depan,” katanya.
Ketika sedang berbual tentang Sahil, wajah Dia kelihatan berseri.
“Sahil bukan sahaja pengarah yang hebat, malah seorang insan yang baik. Apa yang saya suka mengenainya adalah kejujuran dan keikhlasan dalam apa jua yang dia lakukan. Sahil membawa keajaiban dalam filem tersebut,” katanya.
Zayed Khan juga merupakan salah seorang rakan kongsi perniagaan dan memainkan watak utama dalam filem tersebut.
Ibu kepada kedua-dua pasangan tersebut adalah kawan baik tetapi pelakon itu jatuh cinta dengan Sahil melalui karya penulisan skrip yang mengharukan.
“Kami (Zayed dan Dia) sangat suka pada skrip tersebut dan kami tidak mahu melepaskannya. Niat kami dalam syarikat penerbitan Born Free adalah untuk menerbitkan filem yang kita benar-benar percayai padanya,
“Saya percaya kreativiti sebenar boleh berlaku dalam suasana yang bebas dan sebab itulah kami juga menamakan penerbitan kami Born Free,” tambahnya.
Dia juga menyatakan bahawa ketika penggambaran, Zayed dan dia kadang-kadang tidak bersehaluan dalam membuat keputusan tetapi semuanya demi menyediakan sebuah filem terbaik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: