Sunday, September 4, 2011

Busana rumah terbuka




SUDAH menjadi lumrah, membeli pakaian baru antara budaya menyambut Lebaran, malah dianggap tidak sah jika tidak menggayakan busana baru pada pagi hari raya.

Biarpun sekadar baju kurung biasa, ia tetap menjadi kemestian untuk kelihatan anggun bergaya pada pagi hari kebesaran umat Islam ini.

Memahami kehendak ramai wanita yang tidak berkesempatan menempah baju raya, Izzaddinehouse menyediakan pelbagai busana yang sesuai digayakan sepanjang Syawal.

Menariknya, butik ini mencari kelainan daripada yang lain apabila ia beroperasi tanpa menggunakan premis tetap dan boleh bergerak ke mana-mana sahaja mengikut panggilan telefon pelanggan.

Menurut pemiliknya, Rafieqah Zainal Abidin, butik ini menyediakan segala kelengkapan untuk hari raya dan rumah terbuka.

“Cuma yang membezakan antara kami dengan pemilik butik lain ialah kami mencari pelanggan sendiri tanpa perlu pelanggan datang ke tempat kami,’’ ujarnya yang turut berkongsi perniagaan dengan teman baiknya.

Kata Rafieqah lagi, kesemua koleksi butik bergerak itu ditempah khas dari Vietnam

dan Thailand.

“Inilah kelebihan kami, lagipun koleksi baju-baju raya kami sangat eksklusif dan terhad,’’ ujarnya yang turut memiliki kilang membuat baju

di Vietnam.

Katanya lagi, koleksi butik bergerak ini mempunyai rangkaian pakaian terbaru dengan jahitan dan fabrik yang berkualiti tinggi. Ia turut dihiasi dan dipermodenkan lagi dengan perincian jemeki dan juga

manik serta batu swaroski.

Perincian manik yang berwarna-warni memenuhi bahagian pergelangan tangan, leher dan kaki baju. Jahitan manik yang kemas dan rapi berjaya menyerlahkan rekaan busana dan bersesuaian dengan penampilan wanita Melayu.

Katanya lagi, selain baju kurung, ‘butik bergerak’ ini turut menawarkan rekaan lain termasuk kaftan yang eksklusif .

“Kaftan tersebut turut menampilkan kelainan dari segi hiasan manik di bahagian leher dan padanan tali reben yang melilit kemas di pinggangwanita. Selain itu, ia juga boleh dipadankan dengan

kain mahupun jeans.

Bagi warga kota yang mahu menambah koleksi baju raya untuk dipakai pada majlis rumah terbuka sepanjang Syawal ini, mereka boleh menghubungi talian 013-3431929 untuk tempahan atau pembelian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: