|
| |
MASIH belum terlambat bagi anda yang tercari-cari busana untuk menghadiri rumah terbuka di bulan Syawal ini.
Di butik Mimpi Kita, Jalan Telawi 2, Bangsar terdapat pelbagai pilihan busana kontemporari yang diilhamkan tiga beradik Nurul, 29, Amirah, 27, dan Syahira Zulkifli, 24.
Berkongsi minat dan cita-cita, mereka menterjemahkan impian di bawah satu jenama butik, Mimpi Kita.
Memulakan perniagaan melalui talian sejak Mei 2008, secara berperingkat mereka mengumpul modal, mencipta jenama dan akhirnya mendapat tempat di hati peminat.
Kelainan di Mimpi Kita bermula daripada dekorasi hiasan dalaman hingga ke susun atur pakaiannya yang kelihatan seperti sebuah butik eksklusif di ibu kota.
Memahami kehendak ramai wanita yang tidak berkesempatan menempah baju raya, Mimpi Kita menyediakan pelbagai busana untuk rumah terbuka.
Mimpi Kita menyediakan baju kurung pesak gantung daripada kain satin, baju kurung moden dengan gaun kembang.
Bagi yang selesa dengan koleksi baju polos, baju kurung lisu dan kedut antara pilihan yang sesuai di samping menyerlahkan keanggunan bentuk badan.
Jika berkunjung rumah terbuka pada petang raya pula, kebanyakan wanita gemarkan koleksi yang lebih longgar, santai dan selesa.
Antara pilihan yang baik ialah blaus panjang yang dipadankan dengan kain pario ataupun kebaya pendek dan moden.
Sementara itu, untuk menghadiri rumah terbuka , pilihlah busana yang lebih glamor dan meriah dengan manik-manik menjadi keutamaan.
Kebiasaannya, baju kurung moden sifon dan kaftan dapat menyerlahkan penampilan. Perincian manik menjadi pilihan untuk gaya kurung sifon moden. Tidak ketinggalan, kaftan sifon kedut tengah dan lurus menyerikan suasana rumah terbuka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: