|
|
BENGKEL membuat jeli di Royal Selangor kembali lagi di bulan Oktober Untuk menyerlahkan acuan jeli dan bengkel membuat jeli tersebut, Royal Selangor telah melangsungkan sebuah sidang media di The Café yang terletak di Pusat Pelawat Royal Selangor.
Untuk memberi sokongan kepada program bengkel membuat jeli tersebut, sidang media yang diadakan dihadiri oleh selebriti tempatan seperti Datin Sofia Jane, Melissa Saila dan Joanne Kam.
Mereka membawa anak-anak mereka untuk menunjukkan sebuah keluarga boleh bergembira sambil menyumbang kepada kebajikan.
Turut menghadiri sidang media itu juga adalah penaung Persatuan Kebajikan Kanser Payudara, Puan Sri Akmal Abdul Salam dan Ranjit Kaur, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kebajikan Kanser Payudara.
Pengurus Besar Royal Selangor International, Yong Yoon Li berkata, bengkel membuat jeli adalah aktiviti interaktif pada bulan dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran terhadap penyakit kanser payu dara.
Katanya, melalui acara itu pihaknya berharap dapat mengutip derma untuk Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara.
"Acara ini juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan dan kaum keluarga sambil meraikan hidup, cinta dan keriangan," katanya.
Direka oleh pereka British, Nick Munro, acuan jeli berbentuk kon ini mengambil inspirasi daripada bukit-bukau dan menghidupkan semula tradisi lama dengan gaya moden.
Royal Selangor akan menganjurkan bengkel membuat jeli pada bulan Oktober untuk mereka yang membeli acuan jeli ini.
Para peserta akan dapat mempelajari cara-cara menggunakan acuan tersebut dan juga dihidangkan dengan jamuan minum petang.
Royal Selangor akan menderma sebanyak RM 80 daripada harga acuan jeli sebanyak RM 290 kepada Persatuan Kebajikan Royal Selangor.
Bengkel ini dibuka kepada orang ramai termasuk, para keluarga, kelab-kelab atau persatuan-persatuan yang ingin menyumbang kepada kebajikan.
Acuan jeli ini juga boleh dibeli di kedai jualan Royal Selangor dan juga di laman web www.royalselangor.com.
Dibungkus dalam kotak berwarna merah jambu terang, resipi jeli yang lazat ihsan tukang masak dari merata dunia turut disertakan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: