|
|
MACARON Perancis, manisan yang semakin popular di kalangan penggemar pastri khususnya di bandar-bandar besar di seluruh dunia.
Disifatkan sebagai manisan sensasi bagi tahun 2011 oleh portal masakan, Epicurious.com, kegilaan terhadap macaron turut melanda Malaysia dengan semakin banyak kedai roti dan kafe memperkenalkannya dalam menu masing-masing.
Malah ia boleh dinikmati di majlis-majlis rumah terbuka sempena hari raya ini memandangkan sudah ada pengusaha yang menawarkan tempahan macaron secara online.
Walaupun semakin popular, tidak ramai khususnya suri rumah tahu membuat pastri tersebut dengan betul.
Memahami keinginan ramai suri rumah yang ingin belajar menghasilkan macaron, syarikat antarabangsa yang menghasilkan ramuan untuk industri bakeri, pastri dan coklat, Puratos, telah membawa chef bertaraf antarabangsanya, Chef Adang Hendra bagi berkongsi tip-tip untuk menghasilkan pastri yang menjadi kegilaan terbaru itu.
Chef Adang yang juga pengurus teknikal PT Puratos Indonesia, berada di Kuala Lumpur selama seminggu bagi sesi demonstrasi masakan dengan berkongsi resipi-resipi istimewa berkaitan bakeri, pastri dan coklat.
Istimewa dalam demonstrasi beliau, pastinya Lemon Touch, satu kombinasi kek dan macaron yang menggunakan beberapa produk Puratos yang mudah dicampur.
Menurut Chef Adang, macaron Perancis merupakan biskut meringue yang nipis dan sangat berperisa dan diapit bersama krim mentega atau jem.
Katanya, konfeksi ini mempunyai ciri-ciri licin, berbentuk kubah pada bahagian atasnya, lilitan beropol dan dasarnya yang rata.
"Ia sedikit lembap dan mudah cair di dalam mulut. Sebab itu macaron mudah menambat hati walaupun baru pertama kali menikmatinya," katanya yang banyak mengembara dan mengadakan demonstrasi masakan di Eropah, Amerika Latin serta Asia.
Menurutnya, cara menyediakan macaron adalah mudah jika menggunakan sukatan bahan yang tepat dan berkualiti.
Dalam demonstrasi itu Chef Adang turut menunjukkan cara-cara membuat roti kurma dan cafe praline, sebagai sebahagian daripada koleksi hidangan khas hari raya.
Sementara itu Pengurus Besar Puratos Malaysia Sdn. Bhd., Christine Hiew, pihaknya kerap menganjurkan demonstrasi bakeri, pastri dan coklat untuk berkongsi dengan para pengusaha industri serta memperkenalkan mereka dengan inovasi produk yang berkualiti tinggi.
"Kami berbesar hati untuk berkongsi kepakaran Chef Adang dengan para pelanggan dan pengguna di Malaysia. Resipi-resipi beliau sangat relevan untuk sambutan hari raya.
"Ini kerana kebanyakan suri rumah serta ibu yang bekerja boleh menyediakan resipi-resipi lazat ini dengan mudah dan pantas, di samping menarik perhatian ahli keluarga dan rakan-rakan mereka," katanya.
Sesi-sesi demonstrasi Puratos lazimnya diadakan di Pusat Inovasi Puratos, sebuah kedai pastri yang lengkap dan boleh memuatkan lebih 80 orang pada satu-satu masa.
Pusat Inovasi Puratos ini mempunyai chefnya tersendiri yang menghasilkan pelbagai hidangan atau bereksperimentasi dengan resipi-resipi dan teknik-teknik baru.
"Chef-chef kami sentiasa mencipta resipi-resipi yang baru dan menarik kerana di samping produk-produk yang ada, kami juga ingin berkongsi pelbagai aplikasi produk inovatif dengan para pelanggan," katanya.
Dear Tan Sri Ami Shah Maharaja,
ReplyDeleteThank you for featuring story related to Puratos Malaysia. We are organising new exciting events soon, sharing with the customers of new ideas and concepts. Are you keen to explore for some new news?
Please contact our Marketing Manager, Ms. Sandy at 03-6259 3230.
Thank you.