Sunday, September 4, 2011

Berlipur di tapak nuklear

pix_middle

SEMUA gambar ini dirakam di sebuah taman tema paling ganjil — ia dibina di tapak sebuah stesen jana kuasa nuklear yang ditinggalkan.

Wunderland, dekat Kalkar, Jerman adalah taman tema yang mencantumkan reaktor nuklear bernilai berjuta-juta ringgit yang tidak digunakan dengan permainan klasik yang sering ditemui di taman tema biasa seperti tunggangan kuda, roda Ferris, karusel dan gelongsor berair.


Satu buaian tinggi dibina di dalam menara penyejuk manakala di luar pula, disediakan tangga memanjat.

  • Foto

  • Foto

    LUAS... pemandangan dari udara Wunderland.

  • Foto

    POPULAR... roda Ferris antara permainan yang menjadi tumpuan pengunjung.

  • Foto

    PELBAGAI TARIKAN... empat puluh permainan, termasuk roller-coaster, dibina sejak 2002.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

    BINAAN HEBAT... pengunjung menaiki buaian laju dan permainan graviti di dalam menara penyejuk reaktor.

Ketika dibina pada 1972, reaktor nuklear itu yang dikenali sebagai SNR-300, dijangka menjadi reaktor nuklear paling canggih dan berteknologi tinggi di Jerman.


Namun, 12 tahun kemudian, dan setelah £3 juta (RM14.65 juta) dibelanjakan, projek itu dibatalkan berikutan beberapa bantahan awam dan bencana reaktor nuklear yang berlaku di merata tempat, termasuk di Chernobyl.


Ahli perniagaan Belanda, Hennie van der Most, kemudian membeli keseluruhan kompleks itu pada harga yang tidak diumumkan pada 1995.

Seterusnya, beberapa hotel kecil dibina dan kemudian berkembang. Beberapa bar dan restoran juga dibina.


Sejak 2002, beberapa tambahan permainan dibuat dan sekarang ia mempunyai 40 jenis permainan, muzium, sebuah padang golf kecil dan sebuah gelanggang tenis.

Jurucakap taman itu berkata mereka menerima 600,000 pengunjung setahun dan mempunyai 550 pekerja pada musim puncak.


“Pengunjung datang dari serata dunia kerana mereka tertarik dengan taman tema ini. Ia sesuatu yang unik dan sebab itu, pengunjung datang. Ia sesuatu yang jarang kita lihat.


“Ada juga pengunjung yang bimbang tempat ini tidak selamat tetapi ia sebenarnya 100 peratus selamat. Sebabnya, reaktor ini tidak pernah digunakan, seluruh kompleks ini selamat daripada radiasi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: