KUALA LUMPUR - Jika anda menyangka rakyat Malaysia pengotor dengan sikap suka membuang sampah merata-mata, fikirkan semula.
Ini kerana hasil pemantauan dan tindakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati kira-kira 95 peratus kesalahan membuang sampah di ibu kota sebenarnya dilakukan oleh warga asing terutama dari Bangladesh, Myanmar dan Indonesia.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Rolan Abd. Rahman berkata, ia hasil 13,300 kompaun atas kesalahan itu yang dikeluarkan sejak 2008 hingga bulan lepas dengan jumlah kutipan RM280,000.
Setiap kesalahan itu dikenakan kompaun serta-merta sebanyak RM30.
"Kami memandang serius masalah ini kerana jika dibiarkan, masalah kekotoran akibat tiada kesedaran sivik ini akan berterusan,'' katanya kepada wartawan semasa mengetuai Operasi Anti Litter di sini semalam.
Dalam operasi selama empat jam semalam di Jalan Silang, DBKL telah mengeluarkan 172 kompaun berjumlah RM4,177 dengan majoritinya kepada warga asing.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: