BESUT - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terbang bersama jet pejuang negara, Sukhoi 30MKM yang digembar-gemburkan dengan pelbagai masalah sebagai membuktikan aset pertahanan negara itu selamat digunakan.
Beliau menaiki pesawat canggih itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Gong Kedak dekat sini semalam dan berlegar di sekitar ruangan udara negeri ini dan Kelantan selama kira-kira 50 minit.
Menurut Ahmad Zahid, Sukhoi tidak mempunyai masalah begitu juga pangkalan udara tersebut turut tidak bermasalah kerana landasan TUDM Gong Kedak dapat digunakan sepenuhnya.
"Tidak ada masalah teknikal seperti yang didakwa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: