SELAMA aktif bersama Spice Girls, Victoria mengambil kesempatan dengan personaliti popnya, melakukan apa saja yang boleh, termasuk menjadi model lolipop, kamera dan skuter.
VICTORIA dan Eva dalam iklan terbaru mereka untuk telefon bimbit LG.
VICTORIA dan Eva membelek telefon masing-masing ketika berehat daripada rakaman penggambaran.
Dalam iklan terbaru untuk telefon Sesentuh Fesyen LG, Victoria memainkan perana barunya sebagai penggiat fesyen yang serius dan muncul bersama rakannya, Eva Longoria.
Dalam iklan berkenaan, pasangan itu dilihat ketawa dan bergurau senda bersama sambil memperagakan fesyen.
Victoria, 36, dilihat berbual dengan mengguna telefon merah sementara aktres Desperate Housewives berusia 35 tahun itu ketawa.
Kedua-dua wanita itu juga dilihat memakai pakaian berjenama dengan mekap tebal sebelum bersiap sedia menuju bersama ke pentas untuk memperagakan fesyen.
Melihat ekspresi wajah Victoria pada setiap gambarnya sebelum ini, muncul persoalan apakah isteri bekas kapten bola sepak England itu memang tidak boleh tersenyum.
Nyata menerusi iklan LG itu, dia bukan setakat tersenyum, malah boleh ketawa, LG sendiri sempat berjanji dalam iklan itu penonton akan melihat Victoria dan Eva dalam keadaan yang tak pernah dilihat mereka sebelum ini.
Victoria tidak tersenyum bukan bermakna dia memang tak pernah tersenyum. Mungkin kerana sudah menjadi gayanya untuk kelihatan serius supaya kelihatan lebih seksi.
Iklan itu dirakam Mac lalu di Los Angeles dan kedua-duannya didandan oleh rakan pendandan Eva, Ken Paves.
Pasangan itu berkawan baik dengan Victoria sejak bekas anggota Spice Girls itu dan keluarganya berhijrah ke Los Angeles pada 2007.
Eva baru-baru ini bercakap mengenai rakannya yang berasal dari Britain itu: "Saya mengagumi dia sebagai seorang isteri dan ibu. Kami mempunyai banyak persamaan. Saya teruja jika dapat berada di samping wanita yang mengutamakan keluarga mereka. Victoria mengabdikan diri dan begitu dedikasi kepada anak-anaknya dan saya amat menghormati pendiriannya itu.
"Kami sering berbalas kunjungan ke rumah masing-masing dan tak perlu ke luar. Kami lakukan apa yang dilakukan budak perempuan ketika bertemu, masak dan makan bersama sambil bercerita tentang perjalanan hidup keluarga." Victoria pula ketika menceritakan mngenai rakannya itu berkata: "Eva sunghuh baik hati. Ketika maula berpindah ke sini, saya tidak mengenali sesiapa. Dia yang teman saya ke sana sini." Kedua-dua sahabat itu juga bukan orang asing dalam bidang dunia sampingan selebriti kerana kedua-duanya sudah sekian lama terbabit dalam pengiklanan.Walaupun pembabitan Eva dalam bidang pengiklanan tidak sehebat Victoria, dia menjadi model berprofil tinggi L'Oreal dan pernah muncul dalam iklan fesyen untuk Bebe and London Fog.
Victoria pula memang sudah terkenal dalam dunia pengiklanan dan sering menjadi model untuk pakaian dalam Armani, Marc Jacobs, Rocawear, kereta Daihatsu dan Walkers Crisps.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: