Monday, April 26, 2010

Rasa yakin sepanjang hari

WANITA sentiasa dikaitkan dengan obsesi kepada kecantikan luaran hingga sanggup menghabiskan wang beribu ringgit hanya untuk kelihatan menarik.

DUTA CAREFREE...Scha menekankan pentingnya penggunaan pelapik  seluar dalam untuk lebih selesa menjalani kehidupan seharian.
DUTA CAREFREE...Scha menekankan pentingnya penggunaan pelapik seluar dalam untuk lebih selesa menjalani kehidupan seharian.
KEMPEN...Pengurus Pemasaran Johnson & Johnson, Kevin Goldman  (kanan) bersama Scha ketika  pelancaran kempen Tak Siap Kalau Tak Pakai Carefree di ibu negara,  baru-baru ini.
KEMPEN...Pengurus Pemasaran Johnson & Johnson, Kevin Goldman (kanan) bersama Scha ketika pelancaran kempen Tak Siap Kalau Tak Pakai Carefree di ibu negara, baru-baru ini.
Alat solek, barang perhiasan dan busana indah pastinya menjadi agenda utama hidup seseorang wanita dalam menata gaya seharian - tidak kira untuk ke pejabat atau menyertai aktiviti santai.


Dalam ketaksuban itu, ramai juga yang kurang menitikberatkan penjagaan bahagian alat sulit malah langsung tidak kisah dengan kebersihan di kawasan intim itu.


Penjagaan alat sulit yang teratur nyata mampu mencegah penyakit ginekologi seperti keputihan dan kegatalan faraj, selain menjaga kebersihan seluar dalam.


Justeru, penggunaan bahan pencuci keintiman dan pelapik seluar dalam (pantiliner) amat digalakkan bagi membantu mengatasi masalah itu.


Namun, berapa ramai pula yang sanggup membawa botol pencuci itu ke sana ke sini, lalu pemakaian pelapik seluar dalam lebih sesuai bagi memudahkan pergerakan harian.


Pelapik seluar dalam biasanya digunakan untuk menyerap aliran haid yang sedikit seperti pada awal dan akhir kitaran, selain menyerap kelembapan kerana keputihan serta kesan selepas membuang air bagi mengekalkan rasa kering di kawasan intim.


Wujud dakwaan bahawa pelapik seluar dalam mungkin memerangkap haba dan kelembapan hingga mengakibatkan vulvovagina candisiasis (VVC) atau menggalakkan pengkolonian bakteria yang menyumbang kepada jangkitan saluran kencing.


Bagaimanapun, belum ada laporan perubatan khusus mengenai dakwaan itu. Dikatakan bahawa suhu kulit dan lembapan di permukaan kawasan intim tidak mempengaruhi keadaan kesihatan alat sulit.

Mungkin ada segelintir wanita yang mengalami masalah kulit sensitif pada pelapik seluar dalam tetapi majoriti wanitasesuai menggunakannya memandangkan ia turut memberi rasa selesa di kawasan itu.


Seperti kata duta Carefree, Scha Alyahya, kecantikan sejati wanita secara asasnya dinilai pada tahap kebersihan di bahagian keintimannya. Penggunaan pelapik dalam bukan saja sebagai sebahagian daripada amalan dandanan harian wanita tapi turut melambangkan penjagaan diri yang menyeluruh.


"Ia adalah lambang kebersihan sebenar seorang wanita. Kita tidak pernah lupa untuk menggosok gigi, mencuci muka dan menyikat rambut setiap hari.


"Itu antara perkara yang kita akan lakukan untuk rasa segar dan membolehkan kita bersedia keluar pada waktu pagi bagi memulakan hari terbabit."Wanita zaman ini kebanyakannya menjalani kehidupan aktif, jadi kita pasti risau dengan keadaan kawasan intim yang lembap dengan bau yang kurang menyenangkan hingga rasa kurang selesa melakukan aktiviti harian.


"Jadi, penggunaan pelapik seluar dalam satu cara efektif mengatasinya. Bagi saya, kurang satu lagi kebimbangan dalam hidup kerana saya tidak perlu lagi memikirkan masalah kebersihan di bahagian itu," katanya.


Scha mula membiasakan diri menggunakan pelapik seluar dalam sejak remaja dan pernah mengesyorkan kepada rakan ketika menjadi pramugari, beberapa tahun lalu.


"Ramai rakan saya tidak suka memakainya kerana mereka rasakan ia leceh dan menyebabkan rasa tidak selesa.


"Sebenarnya, ada banyak jenis pelapik seluar dalam di pasaran yang menepati kehendak masing-masing. Ia juga bukan hanya perlu dipakai apabila keluar ke pasar raya, tapi boleh digunakan apabila bersukan.


"Dengan menggunakan pelapik seluar dalam, saya rasa kering, bersih dan selesa sepanjang hari, malah langsung tidak mengganggu jadual harian saya. Sememangnya saya rasa tak siap kalau tak pakai Carefree," ujarnya.


Scha menjelaskan, Carefree pilihan tepat berikutan jenama pelapik seluar dalam nombor satu negara itu mengandungi ekstrak pokok teh semula jadi untuk mengawal bakteria yang berpunca daripada keputihan serta peluh.


Ekstrak itu turut membantu wanita bebas daripada bauan tidak enak di kawasan intim dan memberi keselesaan berpanjangan tanpa mengotorkan seluar dalam.


Carefree hadir dalam variasi Acti-Fresh Healthy dan Healthy yang mudah diperoleh di kedai runcit, pasar raya dan farmasi pada harga berpatutan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: