PELBAGAI misteri mampu dirungkai dengan penemuan purba membabitkan tengkorak manusia. Di Kedutaan Besar Peru di Washington, Amerika Syarikat (AS) sedozen tengkorak manusia pra-Columbus yang disaluti seramik yang ditemui pada tahun 2003 dan tidak dituntut diserahkan kembali kepada kerajaan Peru.
Penguat kuasa adat dan imigrasi Amerika Syarikat (AS) memulangkan 12 tengkorak itu kepada Duta Peru, Luis Miguel Baldives Montano dalam sebuah majlis di kedutaan negara Selatan Amerika tersebut.
Tengkorak-tengkorak purba berkenaan dikenal pasti di pejabat koroner selepas penyelidik menggunakan karbon dan mendapati ia sebagai tengkorak manusia pra-Columbus dari tahun 640 hingga 890 Selepas Masihi.
Berasal dari Lima, Peru, artifak itu disaluti seramik buatan tangan dan ditemui selepas ia sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada bulan Mei 2003. Penerimanya tidak pernah menuntut penghantaran itu dan ia dihantar ke gedung awam untuk dilelong.
Bagaimanapun pembeli tengkorak tersebut kemudian merujuk kepada pejabat undang-undang selepas melihat ia mempunyai nilai kebudayaan dan harta yang bersifat kenegaraan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: