Tuesday, April 27, 2010

Teksi berkuasa elektrik di Jepun


GAMBAR menunjukkan sebuah teksi berkuasa elektrik di sebuah pusat penukaran bateri di Tokyo semalam.


TOKYO - Tiga buah teksi berkuasa elektrik memulakan perkhidmatan percubaan selama 90 hari di sini semalam dalam usaha untuk menjadikan perkhidmatan teksi di ibu kota Jepun itu lebih mesra alam.

Projek perintis tersebut merupakan usaha sama pihak berkuasa tempatan dengan sebuah syarikat pembekal kenderaan berkuasa elektrik dari California, Better Place.

Semua teksi itu menggunakan bateri ion-litium yang mampu bertahan untuk perjalanan lebih 300 kilometer sebelum ia perlu ditukar semula dalam tempoh kurang seminit.

Ketua Eksekutif Better Place, Shai Agassi berkata, setakat ini cuma terdapat sebuah stesen penukaran bateri di Tokyo.

Menurut Agassi, penggunaan kenderaan elektrik tidak dapat dielakkan pada masa depan kerana peningkatan mendadak bilangan kereta di China akan menyebabkan permintaan minyak menjadi tinggi sekali gus melonjakkan harganya di pasaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: