Tuesday, April 27, 2010

Budak 9 tahun jumpa bapa di Kutub Utara


GAMBAR menunjukkan Oliver dan bapanya di Kutub Utara pada 16 April lalu.


KUTUB UTARA - Seorang budak lelaki Britain berusia sembilan tahun, Oliver Chambers mencipta rekod dunia apabila berjumpa dengan bapanya, Alan Chambers, 41, di Kutub Utara pada minggu lalu dengan menaiki sebuah helikopter, lapor sebuah akhbar semalam.

Murid sekolah yang berasal dari Whitchurch, Bristol itu mengaku berasa gementar tetapi teruja ketika berada di Kutub Utara sekali dalam seumur hidup.

Dia menaiki sebuah helikopter dari sebuah pusat penyelidikan saintifik, Kem Barneo, Kutub Utara pada 16 April lalu dan menghabiskan masa selama sejam dalam suhu - 25 darjah Celsius.

"Ia merupakan cuaca berangin dan amat sejuk tetapi saya amat teruja apabila melihat bapa saya melambaikan tangan dari ais yang menunggu saya untuk mendarat.

"Sejurus selepas kipas helikopter berhenti, saya kemudiannya keluar dan menemui bapa saya," katanya.

Oliver sempat menghubungi seorang ibu saudaranya menerusi telefon satelit serta mewawancara beberapa saintis dari Norway, Rusia dan Amerika Syarikat untuk persediaan pembentangan kisah pengembaraannya di sekolahnya di Bristol.

Pasangan itu kini memecah rekod dunia sebagai bapa dan anak lelaki paling muda berdiri di Kutub Utara.

Pada 1998, seorang budak perempuan, Alicia yang berusia lapan tahun pada 1998 mencipta rekod dunia dengan berada di kutub itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: