BANK Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) yakin mencatatkan satu juta ahli kad kredit bank itu dalam tempoh 12 bulan akan datang menerusi pelbagai kaedah inovatif termasuk mewujudkan kad penjenamaan bersama menerusi perkongsian strategik yang bakal dimeterai dengan dua rakan strategiknya tidak lama lagi.
AMAL JARIAH...Elahe Norman daripada Tasputra Perkim menerima sumbangan amal jariah daripada Wan Ismail (dua dari kiri) dan Muhammad Izmir.
Beliau berkata, pihaknya dijangka memeterai perjanjian penjenamaan bersama kad kredit dengan dua rakan kongsi strategik termasuk dalam sektor telekomunikasi dan kebajikan tidak lama lagi.
“Kami sentiasa mencari perkongsian dengan rakan kongsi dari semasa ke semasa dan perkongsian seperti ini memberi manfaat kepada Bank Islam terutama rakan yang mempunyai asas pelanggan yang besar,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan amal jariah RM120,000 kepada ibu tunggal, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan mualaf di Kuala Lumpur, semalam.
Mengenai kad kredit, Muhammad Izmir berkata, Bank Islam mengendalikan transaksi kad kredit bernilai kira-kira RM70 juta sebulan dan Ramadan lalu menyaksikan transaksi paling tinggi dikendalikan.
“Sumbangan amal jariah ini sebenarnya disumbang 0.3 peratus daripada kempen berbelanja pengguna kad kredit Bank Islam dan kami akan terus melakukan kerja kebajikan seperti ini pada masa depan.
“Inisiatif itu adalah kaedah mendekati masyarakat dalam memperkenalkan produk Bank Islam kepada pelanggan di samping berkesempatan beramal,” katanya.
Wan Ismail pula berkata, sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan oleh Bank Islam dalam program tanggungjawab sosialnya pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: