MAJLIS Sukan Negara (MSN) mengekalkan Harun Rasheed selaku ketua jurulatih olahraga kebangsaan meskipun beliau sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengingkari majikannya itu yang mengarahkannya menghadiri sesi pemeriksaan balapan latihan di MSN, Bukit Jalil, Khamis lalu.
MASIH BERTUGAS...Harun (dua kiri) bersama beberapa alit negara.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong menolak permohonan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Harun, semalam walaupun sebelum ini beliau sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada jurulatih itu.
“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada Harun, beliau sudah menjelaskan situasi sebenar kepada saya, saya harap apa yang berlaku sebelum ini tidak akan menjejaskan kedudukannya sebagai ketua jurulatih.
“Harun mengambil keputusan untuk berhenti kerana ketika itu beliau serba salah serta menganggap dirinya sebagai punca masalah MSN dengan KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia) berhubung pemeriksaan trek tempoh hari. Penjelasan sudah dibuat dan saya berpuas hati. Kami masih memerlukan khidmat Harun untuk membimbing atlit olahraga dalam mengharungi misi besar tahun ini,” katanya.
Zolkples berkata, beliau berharap pihak persatuan juga tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Harun yang juga jurulatih pecut kebangsaan.
Sementara itu, Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim, berkata pihaknya tidak mempunyai apa-apa masalah jika Harun kekal sebagai ketua jurulatih.
“Kami masih mahu Harun kekal memegang tugasnya, tapi kalau beliau sendiri bersungguh-sungguh mahu berhenti, saya tidak boleh buat apa-apalah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: