DUTCH Lady mengenal pasti perbezaan dalam keperluan khasiat pemakanan untuk kanak-kanak di pelbagai kumpulan usia, begitu juga untuk golongan dewasa.
Bahan mentah tenusu asas diperoleh kebanyakannya daripada pembekal bertauliah dari luar negara, sekali gus memastikan kualiti produk berkenaan. Setiap usaha diambil untuk memastikan piawaian keselamatan dan kualiti dipenuhi serta diluluskan oleh pihak berkuasa.
Sebelum penghasilan susu membesar berkenaan, kanak-kanak di Malaysia minum susu dalam pelbagai bentuk lain seperti susu penuh krim dan susu pekat sama seperti yang diminum golongan dewasa, biarpun kedua-duanya mempunyai keperluan khasiat yang berbeza.
Adakah susu membesar memang diperlukan? Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat menunjukkan perbezaan dan keperluan khasiat khusus untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Susu membesar Dutch Lady yang pertama dirumus berdasarkan khasiat yang disarankan pada 1988.
Penambahbaikan berterusan dilakukan ke atas rumusan terbabit sejak itu dan kini, susu membesar Dutch Lady dirumus khas untuk kumpulan umur kanak-kanak tertentu berdasarkan keperluan khasiat mereka seperti Saranan Pengambilan Khasiat untuk Malaysia, 2005.
Susu membesar Dutch Lady mengandungi DHA, AA, SA dan juga Tyrosine dan Trytophan. Khasiat yang tepat ditambah untuk meningkatkan perkembangan mental bagi memudahkan proses pemindahan maklumat, daripada pelbagai sel di dalam badan ke sel otak (neuron) kita.
Mempunyai khasiat yang tepat boleh membantu mempercepatkan proses pemindahan dan penterjemahan mesej. Lebih pantas maklumat dipindah dan diproses, keadaan mental kanak-kanak itu lebih berkembang.
Penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa menjadi tumpuan Dutch Lady dengan pasukan R&D tempatan bekerjasama secara erat dengan pusat penyelidikan global syarikat.
Usaha penyelidikan dan pembangunan tidak pernah terencat sebelum atau selepas penghasilan susu membesar terbabit.
Dutch Lady menempuh kawalan kualiti yang ketat daripada pengambilan sumber, pengeluaran, pembungkusan sehinggalah produk akhir. Produk yang berkualiti pula memastikan manfaat maksimum untuk pengguna.
Mungkin ada yang beranggapan bayi yang membesar boleh bergantung kepada makanan atau jus untuk memenuhi keperluan khasiat pemakanan mereka.
Susu adalah salah satu makanan berkhasiat yang memainkan peranan penting dalam pembesaran dan perkembangan bayi, malah kanak-kanak.
Susu menyediakan beberapa nutrisi utama yang berkhasiat dan penting untuk mereka seperti protein, kalsium serta pelbagai vitamin dan mineral. Susu adalah sumber utama khasiat untuk bayi yang sedang membesar dan menyediakan pelbagai khasiat utama.
Susu membesar Dutch Lady mengandungi khasiat utama untuk perkembangan mental seperti:
Benarkah kanak-kanak perlukan semua khasiat tambahan ini sedangkan generasi sebelum ini tidak pernah menikmatinya?
Generasi sebelum ini menggunakan susu yang tidak dikhususkan untuk keperluan khasiat tertentu berdasarkan usia.
Dengan kemajuan penyelidikan dan pembangunan, kita memiliki pengetahuan serta pemahaman mengenai keperluan untuk setiap kumpulan usia.
Ibu-ibu tentunya mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan paling penting, setiap perkembangan dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan pemakanan yang tepat.
Sebagai tambahan kepada khasiat asas daripada susu, Dutch Lady menambah khasiat dibenarkan yang penting untuk perkembangan dan pembangunan kanak-kanak yang sedang membesar.
Meskipun semua susu membesar mempunyai khasiat asas yang datang secara semula jadi daripada susu, khasiat tambahan untuk setiap jenama mungkin berbeza daripada segi jenis dan kuantitinya.
Justeru, penting bagi pengguna untuk memeriksa label dan membeli daripada jenama yang dipercayai sekian lama dalam inovasi pemakanan kanak-kanak.
Mengenai khasiat tertera pada label seperti TT-Ratio Advance, DHA dan AA, hanya bahan tambahan dan khasiat yang diluluskan agensi kerajaan berkaitan digunakan dalam rumusan semua produk Dutch Lady.
Bahan tambahan berfungsi untuk meningkatkan kelarutan susu dan digunakan dalam dos yang sangat sedikit. Ia tidak mengubah rasa susu manakala untuk menambah kepelbagaian, susu membesar Dutch Lady juga didapati dalam perasa madu dan coklat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: