SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) mengalakkan peniaga kecil supaya menubuhkan satu koperasi di kawasan masing-masing melalui Skim Ar-Rahnu X-Change daripada Bank Rakyat bagi membolehkan mereka mempunyai tempat untuk bergantung sekiranya menghadapi masalah kewangan.
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad, berkata tindakan itu perlu bagi membolehkan peniaga yang mempunyai masalah pusingan modal membuat pinjaman melalui koperasi ditubuhkan dan tidak perlu meminjam dari ceti haram bagi mendapatkan tunai segera.
Katanya, peniaga di sesebuah kawasan akan mendapat manfaat daripada penubuhan koperasi itu berikutan individu boleh membuat pinjaman melalui skim berkenaan.
“Setakat ini, sambutan yang kami terima dalam skim ini amat menggalakkan terutamanya daripada komuniti masyarakat Melayu dan India, tetapi ia kurang mendapat sambutan komuniti Cina berikutan mereka kurang melabur emas.
“Melalui skim Ar-Rahnu atau juga dikenali sebagai mikrokredit berasaskan emas ini, ia membolehkan ahli koperasi mendapatkan pinjaman sehingga 60 peratus daripada harga sebenar emas yang ingin digadaikan,” katanya.
Minggu lalu diadakan majlis taklimat Ar-Rahnu oleh wakil Bank Rakyat dan wakil Bank Persatuan Zon Utara 2010 di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Menurut Mangsor, kebanyakan pelanggan kini lebih berkeyakinan menyertai skim Ar-Rahnu berbanding kedai pajak gadai biasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: