PENGARAH Farah Khan dikatakan telah berdepan dengan ramai aktres untuk dijadikan heroin membintangi filem terbarunya, Tees Maar Khan. Bakal digandingkan dengan Akshay Kumar, pengarah itu bagaimanapun telah menghentikan spekulasi apabila memilih Katrina Kaif.
"Katrina merupakan pilihan utama dan sebenarnya, satu-satu pilihan yang saya ada. Watak heroin untuk Tees Maar Khan itu ditulis khas untuknya. Jadi, laporan mengenai uji bakat pelakon wanita lain adalah tidak benar.
"Selepas berjumpa dengan Katrina, kami tahu bahawa kami telah menemui heroin untuk filem tersebut. Dia amat cantik dan berbakat. Daripada semua aktres di Bollywood, kami hanya mahukan Katrina. Jadi, hentikan semua spekulasi," kata pengarah tersebut.
Katrina yang baru sahaja habis penggambaran filem, Raajneeti juga bakal muncul menerusi filem Dostana 2.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: