Wednesday, April 28, 2010

Johor henti jual air kepada Singapura

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Johor akan menghentikan penjualan air mentah dari sebuah loji di sini kepada Singapura apabila perjanjian mengenainya tamat tahun depan.

Katanya, perjanjian itu melibatkan penjualan air dari Loji Skudai yang diuruskan oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura.

"Sekarang ini di peringkat rundingan untuk pulangkan (Loji Skudai kepada kerajaan Johor)," katanya pada sidang akhbar sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini semalam.

1 comment:

  1. saya bersetuju agar diberhentikan sementara..kerana kita jual air kepada singapura terlalu murah...6 sen untuk 1000 gelen..lebih murah dari rakyat johor yang mgunakan air...jika kita nk smbungkan semula hendaklah dikaji dulu harga kerana sudah tidak relevan...kita patut kenakan harga yang berpatutan...dan seterusnya menjana ekonomi dan pendapatan negara.......salam 1 malaysia

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: