Wednesday, April 28, 2010

Rumah Atilia dipecah masuk




KUALA LUMPUR - Penyanyi jazz kontemporari, Raja Putri Atilia Raja Haron (gambar), 36, atau lebih dikenali sebagai Atilia, kerugian kira-kira RM30,000 selepas rumahnya dimasuki pencuri Jumaat lalu.

Menurut Atilia, dalam kejadian itu, pencuri memecah masuk kondominiumnya di Metropolitan SQ, Damansara Perdana yang didiami sejak tiga tahun lalu dan melarikan sebuah komputer riba, 10 utas jam tangan dan sebuah kamera digital.

Semasa insiden tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Sangkar itu tiada di rumah dan menyedari rumahnya dipecah masuk apabila pulang pada pukul 8 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: