Monday, April 26, 2010

Jambatan uzur perlu diganti


PENDUDUK menyeberangi jambatan uzur yang ditenggelami air Sungai Pergau di Kampung Belahat, Jeli semalam.


JELI - "Kami bukan hendak jambatan yang cantik tetapi asalkan selamat digunakan pun cukuplah."

Demikian harapan penduduk-penduduk Kampung Belahat dekat sini yang telah menggunakan jambatan kayu sepanjang 81 meter panjang dan empat meter lebar sejak 25 tahun lalu dan dan kini menunggu roboh.

Seorang penduduk, Abdul Aziz Yaacoob, 60, berkata, sejak tanah di situ diteroka pada tahun 1967, sehingga kini terdapat kira-kira 80 penduduk mengusahakan pelbagai tanaman termasuk getah di seberang Sungai Pergau.

"Dahulu, penduduk di sini terpaksa mengharungi sungai untuk ke kebun mereka namun sejak jambatan kayu ini siap dibina pada tahun 1984, ia terus menjadi nadi utama kepada penduduk di sini.

"Ketika itu, kos pertama pembinaan jambatan ini berharga kira-kira RM6,000 di mana masyarakat Orang Asli diupah untuk mencari kayu yang sesuai di hutan sebelum dibawa ke sungai ini dalam tempoh setahun," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: