
SEBAHAGIAN pembeli rumah di Taman Fadason mengadakan demonstrasi di Kepong semalam.KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 penduduk fasa tiga Taman Fadason, Kepong di sini mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak pemaju kerana mendakwa rumah yang mereka beli masih tidak mendapat hak milik tanah sehingga kini.
Walaupun telah mendiami rumah berkenaan sejak setahun lalu dan mempunyai sijil layak menduduki (CF) serta telah menandatangani surat jual beli (SMP), penduduk di situ kini dilanda kebimbangan jika masalah itu berterusan tanpa sebarang penyelesaian.
Pengerusi persatuan penduduk, Koh Yin Gong mendakwa, masalah itu berpunca daripada pihak pemaju dengan pihak ketiga yang telah dilantik menyiapkan rumah tersebut.
"Sebelum ini kami tidak mengetahui masalah antara pemaju dengan pihak ketiga itu, setelah kami membeli rumah ini dan menduduki hampir setahun, baru kami mendapat surat dari pihak ketiga yang mengatakan terdapat masalah mengenai hak milik tanah," katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: