
Anak kelahiran Jakarta ini amat meminati bidang nyanyian dan mula menyimpul angan-angan untuk menembusi bidang ini sejak kecil. Tuah menyebelahinya setelah dilamar komposer yang juga mirip namanya, Intan S Amri untuk menjadi penyanyi setelah melihat bakatnya ketika mendendangkan lagu berjudul Living on a Jet Plane.
“Saya amat terperanjat dan berasa teruja sebaik sahaja menerima tawaran itu. Tambahan pula, saya hanya mendendangkan lagu itu di sebuah parti hari jadi kawan yang juga seorang penyanyi,” katanya ketika hadir sesi fotografi bagi beberapa majalah terbitan Kumpulan Karangkraf, di sini.
Ditanya mengapa album mininya hanya memuatkan empat lagu sahaja, artis yang manis berlesung pipit itu memberitahu, dia kesuntukan masa dan tidak mahu peminat menunggu terlalu lama kelahiran album terbaru darinya.
“Album ini memang berkonsepkan mini album sebab itulah ia hanya ada empat lagu sahaja dan jika saya mahu buat album penuh, ia akan memakan masa yang agak lama.
“Sebolehnya saya tidak mahu peminat menunggu terlalu lama tambahan pula ramai yang asyik bertanya bila mahu menerbitkan album terbaru,” katanya yang pernah membintangi sinetron berjudul Bukan Cinderella dan Karena Cinta.
Album yang memuatkan lagu berjudul Seperti Coklat, Cemburu, Pacar Jarak Jauh (PJJ) dan Datanglah Padaku yang menyaksikan penyanyi terkenal, Rossa sebagai Eksekutif Produser telah mula berada di pasaran Indonesia, Februari lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: