Monday, April 26, 2010

Hasrat warga Sri Lanka ke Australia terbantut


Bot yang padat dengan warga Sri Lanka berjaya ditahan oleh PGM sebelum ditunda
ke Pangkalan Batu Uban, Pulau Pinang Jumaat lalu.


GEORGE TOWN - Seramai 75 warga Sri Lanka yang disyaki cuba diseludup ke Australia dipatahkan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Laut 1 selepas menahan sebuah bot di perairan Tanjung Piandang, Kerian dekat utara Perak Jumaat lalu.


LOKASI 75 warga Sri Lanka ditahan di perairan Tanjung Piandang, Kerian dipercayai mahu menuju ke Australia.





Mereka yang terdiri daripada 61 lelaki, enam wanita dan lapan kanak-kanak ditahan oleh tiga buah bot peronda PGM. Kesemua yang ditahan berusia lima hingga 60 tahun.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pemeriksaan mendapati bot yang membawa warga Sri Lanka itu mengalami kerosakan termasuk bocor dan mungkin sengaja ditinggalkan oleh tekong mereka selepas menyedari kehadiran PGM.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: