Monday, April 26, 2010

AJK masjid ikut prosedur - JAIS


Keratan Kosmo! semalam.


SHAH ALAM - Tindakan lima ahli jawatankuasa (AJK) sebuah masjid yang melakukan pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah di Apartmen Jelutong di Selayang Heights, Gombak awal pagi kelmarin adalah mengikut prosedur yang ditetapkan.

Serbuan itu dibuat kerana kediaman tersebut disyaki menjadi tempat satu pasangan bukan muhrim bersekedudukan.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nurhamizah Othman berkata, semua AJK masjid terlibat disahkan memiliki kad kuasa untuk menahan mana-mana individu yang melakukan maksiat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mereka tidak melanggar peraturan semasa pemeriksaan dijalankan kerana melakukan secara beradab dengan mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki rumah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: