|
|
NAMPAKNYA baru-baru ini, ramai selebriti Hollywood yang mahukan bayi. Terbaru dalam senarai ialah aktres, Gwyneth Paltrow.
Dia yang bakal dilihat dalam filem Iron Man 2 dipercayai cuba meyakinkan suaminya, Chris Martin bahawa sekarang merupakan masa sesuai untuk menambahkan ahli keluarga mereka.
Pasangan itu sudah mempunyai dua orang anak, Apple, 5, dan Moses, 4. Kata satu sumber kepada majalah Star: "Gwyneth terdesak untuk melahirkan seorang lagi anak. Dia percaya bayi baru akan mengeratkan lagi hubungan keluarga mereka."
Walaupun begitu, Chris, 33, difahamkan merasakan ini bukan masa yang sesuai untuk mengembangkan keluarga mereka kerana dia dan isteri masing-masing sedang sibuk dengan karier.
Tambah sumber itu: "Chris kini hanya memikirkan masa depan kariernya. Gwyneth pula sibuk untuk mempromosikan filem terbarunya, Iron Man 2. Jadi Chris merasakan ini bukan masa yang sesuai untuk isterinya mengandung."
Pasangan itu sebelum ini dikatakan mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat. Namun, aktres berusia 37 tahun itu lebih suka jika dia boleh mengandung sekali lagi.
"Saya sukakan proses mengandung dan melahirkan anak. Ia satu pengalaman yang tidak boleh dibeli," kata Gwyneth.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: