Wednesday, April 7, 2010

Gaya untuk 'kaki fesyen'


Fesyen vintaj kembali semula dan diminati ramai seperti gaun hijau paras lutut ini.


SUDAH menjadi sifat wanita ingin nampak cantik, menarik dan bergaya pada setiap masa. Pakaian yang cantik dan bergaya bukan setakat memberi kepuasan tetapi juga dan keyakinan diri. Justeru terdapat sebilangan daripada mereka yang memperuntukkan sedikit daripada pendapatan untuk membeli baju, tas tangan atau kasut.

Fesyen pula sentiasa berubah-ubah selari dengan perubahan masa. Wanita yang mengikuti perkembangan fesyen sudah tentu tidak mahu memakai pakaian yang sama berulang kali.

Wanita 'kaki fesyen' seperti ini, mereka sentiasa mahukan kelainan daripada segi berpakaian dan harus pula disesuaikan dengan tempat.

Pakaian yang dipakai ke pejabat contohnya adalah berbeza dengan pakaian untuk ke parti, bersiar-siar, ke tepi pantai dan sebagainya.

Jika anda inginkan kelainan dengan pelbagai pilihan pakaian apa kata singgah seketika di Luv Sierra Boutique Cafe.

Di sini anda pasti teruja melihat banyak pilihan baju, tas tangan dan kasut yang eksklusif.

Ada boleh mencari baju yang penuh bergaya dan seksi untuk ke pejabat, kasual, dres panjang dengan corak dan warna memikat, tas tangan vintaj atau untuk ke majlis serta kasut bertumit tinggi yang menjadikan langkah anda nampak elegan. Di Luv Sierra Boutique Cafe, anda pasti terlupa masa singkat yang diperuntukkan sudah lama berlalu dek kerana keasyikan.

Terasa lapar dan dahaga dan kaki letih kerana lama berdiri, berehat seketika sambil menghirup teh tarik atau sepotong kek lazat yang dijual di butik kafe ini. Pendek kata, anda tidak perlu lagi ke tempat lain kerana semua yang diperlukan ada di Luv Sierra Boutique Cafe.

1 comment:

  1. baju2 n brg2 dia semua mahal.. tak berpatutan... u can get cheaper n a way better quality of stuff from outside..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: