Sunday, April 11, 2010

Gagal bayar wang jaminan,




Joyah ingat kisah sedih pelakon Badrul Muhayat akan berakhir minggu lalu, tapi Joyah sekali lagi gelabah apabila mendapat tahu Badrul dah pun ke Penjara Sungai Buluh kerana gagal menjelaskan wang jaminan berjumlah RM2,500.

Bukan Joyah gelabah pasal apa, cuma Joyah terpaksa tulis cerita Badrul untuk kali kedua. Macam drama bersiri la pulak.

Kes Badrul pukul isteri dah pun masuk mahkamah. Kalau ikut laporan akhbar Badrul dikenakan dua pertuduhan termasuklah didakwa mencederakan Julia Daud, 29, dengan menumbuk muka dan menendang perut mangsa.

Bagi tuduhan kedua dia didakwa memukul wanita itu di punggung dan kaki menggunakan batang penyapu. Aduh... Joyah tak dapat gambarkan perasaan jika Joyah berada di tempat Julia. Bang, harapkan muka je kacak, tapi dituduh 'kaki pukul.

Paling membuatkan Joyah panas hati apabila mendapat tahu sebelum ini sudah ada tujuh laporan polis dari tahun 2007 hingga 2008 dibuat oleh Julia berkenaan kecederaan yang dialaminya akibat dipukul pelakon Harry Boy itu.

Bagaimanapun, sebelum ini kesemua laporan polis itu ditarik balik oleh wanita itu dengan harapan suaminya akan berubah sikap. Tapi apakan daya, Badrul memang nampaknya tak boleh membuang kecenderungan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: