Tuesday, April 27, 2010

Caj RM1 Bagi Pelepasan Barang Dihantar Menerusi Pos Malaysia Dimansuh


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Pos Malaysia Berhad dan Kastam Diraja Malaysia hari ini menandatangani perjanjian bagi melupuskan caj pelepasan sebanyak RM1 untuk setiap kiriman barang dari luar negara berkuatkauasa 1 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad Datuk Syed Faisal Albar berkata bermula tarikh itu pihak kastam akan menyerap caj itu.

"Sebelum ini, pelanggan perlu membayar caj pelepasan sebanyak RM1 untuk setiap kiriman barang di samping cukai daripada pihak kastam serta caj perkhidmatan sebanyak RM49.50 yang meliputi pembayaran khidmat agen, "electronic data intercharge" dan cukai perkhidmatan.

"Pos Malaysia juga akan memendekkan urusan pelepasan kastam kepada satu hari bekerja daripada tiga hari bekerja sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian kaedah pungutan hasil antara Pos Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Pos Malaysia di sini pada Selasa.

Syed Faisal menandatangani perjanjian itu bagi pihak Pos Malaysia manakala KDRM diwakili timbalan ketua pengarahnya Datuk Mardina Alwi.

Mardina berkata menerusi perjanjian itu juga cukai kastam yang dikenakan terhadap barangan yang kirim dari luar negara boleh dijelaskan di kaunter Pejabat Pos yang mengendalikan tuntutan barangan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: