|
|
RAMAI beranggapan bahawa selam skuba hanyalah merupakan satu hobi hujung minggu. Namun jika dilihat secara terperinci, ia sebenarnya mampu membina kerjaya yang membawa pendapatan tetap. Bermula dari selam skuba asas, penyelam skuba boleh meningkatkan diri secara perlahan-lahan untuk menjadi seorang jurulatih selam skuba.
Jika dilakukan secara berterusan, pencapaian itu mampu diperoleh dalam tempoh setahun.
Bagi yang tidak tahu, melalui agensi selam skuba antarabangsa, Persatuan Profesional Jurulatih Selam Skuba (PADI), sebaik memperoleh sijil selam skuba asas laut terbuka, penyelam skuba boleh meningkatkan kemahiran. Mereka boleh menyertai selam skuba lanjutan, skuba penyelamat, ketua selam skuba, penolong jurulatih selam skuba dan akhirnya jurulatih selam skuba laut terbuka.
Malah, mempunyai sijil ketua selam skuba sahaja sudah membolehkan mereka membawa penyelam untuk trip selam skuba ke mana-mana destinasi skuba di dunia.
Dengan adanya sijil itu juga, ia tidak hanya terbatas membawa penyelam skuba menyelam tetapi melalui PADI, mereka boleh mengendalikan kursus Skin Diver dan selam skuba percubaan (Discover Scuba Diving).
Malah, jika mereka memperoleh rating yang mencukupi dalam mengajar fotografi digital dasar laut, mereka akan dianugerahkan dengan lesen jurulatih bagi kursus khusus itu.
Selain itu, melalui PADI, sebagai ketua selam skuba, mereka juga boleh mengendalikan secara bersendiri latihan selam 2, 3 dan 4 dengan nisbah dua pelajar seorang ketua selam skuba.
Jadi, berada di peringkat ketua selam skuba sahaja sudah memberikan peluang untuk seseorang itu membina kerjaya dan mendapatkan imbuhan tetap.
Apa pun, kerjaya selam skuba tidak hanya terhenti di peringkat jurulatih sahaja kerana melalui PADI, seorang jurulatih selam skuba terbuka boleh meneruskan peringkat kemahiran mereka sebagai jurulatih kursus khusus, pengajar selam skuba master, jurulatih staf IDC, jurulatih master dan akhir sekali sebagai pengarah kursus (CD).
Semua ini boleh dilakukan melalui beberapa pusat pengembangan jurulatih (IDC) yang ada di negara ini.
Antaranya Sea Monkey Dive & Travel yang mempunyai IDC PADI lengkap di Merang, Terengganu.
IDC PADI lengkap Sea Monkey mampu memberikan penerangan khusus bagi mereka yang berminat untuk membina kerjaya di dalam selam skuba.
Melalui Sea Monkey, mereka yang berminat boleh mengaturkan jadual bagi memudahkan mereka untuk mengikuti kursus sama ada di kelas, kolam atau di laut terbuka.
Malah dengan teknik pembelajaran PADI yang mudah difahami, bakal penyelam skuba akan teruja untuk meneruskan kemahiran dalam membina kerjaya.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web mereka di www.seamonkey.com.my atau hubungi mereka di 03-78033658.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: