Thursday, April 1, 2010

Badrul Muhayat ditahan reman


BADRUL menunjukkan tanda amaran kepada
jurugambar dan wartawan Kosmo! ketika turun dari trak polis di Mahkamah Majistret Ampang semalam.


AMPANG - Polis semalam mendapat perintah untuk menahan reman selama empat hari bermula semalam terhadap pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, bagi membantu pihak berkuasa itu menjalankan siasatan berhubung kes mencederakan isterinya, Julia Daud, 28.

Majistret Wan Karimah Wan Wan Abd. Ghani mengeluarkan perintah tersebut bagi membolehkan Badrul membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan 324 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan cedera terhadap Julia 24 Mac lalu.

Beliau tiba di Mahkamah Majistret Ampang dengan menaiki trak polis pada pukul 9.25 pagi bersama beberapa tahanan lain dengan memakai baju T dan berseluar pendek manakala tangannya pula bergari.

Badrul sebelum itu telah memaki hamun jurugambar dan juga wartawan Kosmo! kerana bengang apabila gambarnya dirakamkan ketika turun dari trak polis.

Antara kata-kata cercaan itu termasuk puk**** kau, Ba**, si**, serta ugutan 'berani kau ambil gambar aku'.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: