BARISAN pereka dari Institut Teknologi Fesyen New York sekali lagi menganjurkan acara tahunan yang dinamakan sebagai Last Bark for Bryant Park.
|
|
Idea rekaan kali ini bukannya dipakaikan kepada barisan model-model terkenal sebaliknya ia diperagakan oleh sekumpulan anjing jenis chihuahua, Yorkshire terrier, miniature poodle dan bichon frise.
Salah seorang pereka, Lindsay Morris memilih untuk membuat potongan jaket kulit manakala Yoichi Ohashi berjaya menghasilkan rekaan yang cukup comel buat si kaki empat itu.
|
|
Pentas peragaan itu menjadi gamat dengan sorakan penonton apabila seekor anjing bichon frise yang dipanggil Cherubino menggayakan pelbagai telatah mencuit hati ketika ia disarungkan dengan pakaian berwarna ungu.
Selain itu, antara fesyen pakaian yang digayakan ialah gaun pengantin berwarna putih jernih yang diperbuat daripada satin, tuksedo dan bunga-bungaan.
|
|
Pertunjukan fesyen unik yang jarang dianjurkan itu berjaya menarik perhatian ramai bukan sahaja pencinta fesyen bahkan penggemar haiwan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: