Monday, April 19, 2010

Antara Kritikan Pedas Adlin Dengan Kritikan Selamat Aznil

SEHINGGA minggu kelima Konsert Akademi Fantasia (AF) musim kelapan ini, setiap peserta kurang menunjukkan aura persembahan yang betul-betul mengagumkan penonton.

Kebanyakannya yang masih kekal dilihat kurang berstamina dan lambat ‘panas’.Hanya Adira yang benar-benar meyakinkan penonton dan layak berada di tempat pertama setiap minggu.

Malah tidak kurang juga mencongak peserta berusia 19 tahun dari Ranau, Sabah itu akan bergelar juara pada musim kali ini.

Ramai penonton mendakwa persembahan peserta-peserta AF8 hambar dan kurang berstamina.

Lebih mengejutkan, terdapat komen-komen daripada penonton yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap prestasi para peserta AF8 yang kian merosot.

Pemilihan lagu dirasakan serba tidak kena dengan suara setiap peserta. Tambahan pula, mereka seolah-olah lebih ‘dimanjakan’ dengan drama-drama ketika berada dalam akademi.

Begitu juga dengan tugas Norman Abdul Halim selaku pengetua yang kurang tegas dan terlalu baik terhadap setiap peserta.

Walaupun antara peserta sentiasa berulang kali diingatkan tentang tagline ‘Tiada alasan buktikan kehebatan’, ‘drama cinta’ melibatkan beberapa pasangan peserta membuatkan mereka seolah-olah hilang fokus.

Mereka juga seperti lupa bahawa tanggungjawab masing-masing dalam AF8 adalah menggilap bakat dalam bidang seni suara dan persembahan.

Adira merupakan peserta paling cemerlang di AF8.

Apabila di akademi lagi mereka sudah disogok dengan perkara yang tidak penting seperti itu, lantas apa yang mampu ditonjolkan di akhir pembelajaran setiap minggu?

Jadi tidak mustahil pengkritik tetap AF8, Adlin Aman Ramli boleh melontarkan kritikan ‘pedas’ berbanding seorang lagi pengritik tetap, Aznil Hj Nawawi yang lebih memberikan kritikan bersifat ‘selamat’.

Mengikut pemahaman penulis, Adlin sememangnya terkenal sebagai pengkritik yang bersuara lantang dan bebas memberikan kritikannya mengikut apa yang dihidangkan dalam AF8. Jika teruk persembahan yang diberikan oleh para peserta, maka teruklah komennya.

Adlin sentiasa memberikan kritikan yang 'pedas' pada setiap minggu.

Sebaliknya, Aznil lebih banyak memberikan pujian kepada peserta dan sentiasa ‘murah’ untuk memberikan lampu hijau sebagai tanda menyukai sesuatu persembahan itu.

Jika dilihat secara telus, setiap pengkritik seharusnya mengkaji dengan teliti tentang keseluruhan persembahan peserta yang dirasakan betul-betul memberikan yang terbaik atau tidak. Sepatutnya, persembahan yang sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ tidak perlulah diberikan pujian yang melambung.

Penonton juga harus pandai menilai peserta yang benar-benar berkualiti dan harus dikekalkan dalam AF8.

Mengikut perkiraan, peserta yang menunjukkan prestasi persembahan yang paling lemah adalah Farina dan Nad.

Namun sehingga ke minggu kelima, mereka masih terselamat dalam program realiti itu.

Farina terselamat daripada disingkirkan pada minggu kelima.

Malah semalam, Farina yang sepatutnya keluar terselamat apabila pengacaranya, Sarimah Ibrahim mengumumkan tiada penyingkiran.

Sebaliknya, peserta yang bagus seperti Anum dan Alif disingkirkan terlebih awal.

Nad juga menunjukkan prestasi yang lemah.

Jika peserta yang berkualiti lebih awal disingkirkan, apa yang akan dibuktikan di konsert akhir AF8 nanti?

11 comments:

  1. Rancangan bodoh lagi buang duit penuh dengan maksiat. Agaknya bila lah diaorang nak sedar ye??

    ReplyDelete
  2. jngn ckp mcm tu by....

    ReplyDelete
  3. sudah2 la dengan AF ni....esok nak kiamat baru nak stop agaknya.lagipun....terima je la yang memang AF8 takde kualiti.

    ReplyDelete
  4. hahahhaha memenag tak ada kualiti...kuantiti aje banyak......

    ReplyDelete
  5. ....apala korang xpaham ker yg penting bukan sape yg kuar tp brape byk korang labur undi diorang.. Lagi pon masih ramai org kita xpandai meneli apatu kualiti dan bakat yg patut di pilih.. Bagi aku dah xde semangat lagi nk tngok AF dah boring.. Lpas ni xyah buat lg la ..

    ReplyDelete
  6. aku dr dl lg x lyn Af neh........buang ms

    ReplyDelete
  7. agenda yahudi menyesat dan memalaskan orang islam chit puiiit celako yahudi

    ReplyDelete
  8. uish..sekarang ni kat malaysia yg tercinta ni, segala perbuatan menghalalkan cara..yg penting UNTUNG..yg bodoh adalah yg SMS..kepada yg xsokong AF, bagitahu kat sedara mara kawan2, jgn ditonton program bangang ni..kepada pemimpin melayu islam yg dipilih rakyat, biar dia jawab dgn ALLAH nanti..dan kita yg ada otak ni bile ada peluang atau ruang untuk bertindak nak ubah semua ni, janganlah disia-siakan peluang tu..sebab kalau kita tetap gak sokong pemimpin yang mungkar, kita akan dikira SUBAHAT..

    ReplyDelete
  9. ...aku tengok Adlin tu pandai mengomen so jadi kalu ada lagi AF9 nanti, kalau adala, ambik Adlin jadi pengetua amacam gerenti sume oknye sbb sebelum pelajar kena komen Adlin bolih komen dulu dlm kelas ..sape sokong??

    ReplyDelete
  10. Juri yang kritik tu macam bagus sangat..
    Bagus ke kamu itu..?
    Cuba nyanyi sikit..!!
    Diri sendiri tak pandai nyanyi..
    Cheh..

    Blog kontroversi saya:
    http://mypanty.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. menyampah tgk adlin 2 sdri pun nyanyi lagu belalang 2 teda feel pun~over jak!!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: