Tuesday, April 14, 2009

Suami calit minyak atar terakhir


NORFARAHI memeluk anaknya, Mohd. Muaz Akhyar di rumah mentuanya di Kota Kuala Muda, Alor Setar semalam.


KUALA MUDA - "Malam kelmarin dia beriya-iya mengajak singgah di Masjid Al-Bukhary (Alor Setar) untuk sembahyang Maghrib dan Isyak kerana katanya mungkin lain kali dia tak sempat berbuat demikian.

"Selepas solat Isyak di situ, dia calitkan minyak atar pada baju saya sambil berkata, ini wangian terakhir sebagai tanda kasihnya."

Demikian cerita Norfarahi Zakwan, 26, mengenai kelakuan suaminya yang pelik dalam pertemuan terakhir malam Isnin lalu.

Mohd. Yusril Zakaria, 27, guru Sekolah Kebangsaan Raja Uda, Klang, Selangor maut selepas bas yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rawang awal pagi semalam.

Menurut Norfarahi, suaminya pulang seminggu sekali berjumpa dengannya dan akan bertolak balik ke Kuala Lumpur malam Isnin setiap minggu dengan menaiki bas.

"Saya amat berharap dapat tinggal bersamanya setelah tiga tahun tinggal berasingan, tetapi harapan itu cuma tinggal kenangan," ceritanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Sungai Derhaka, Kota Kuala Muda semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: