Sebaliknya banyak kritikan sosial yang dimuatkan di dalam pementasan itu melalui pelbagai watak lekaki lembut yang dibawa ke atas pentas.
Malah kerana itulah ia dipentaskan semula selepas pementasan pertama tahun lalu mendapat sambutan yang menggalakkan. Banyak isu yang disentuh dalam tetaer tulisan A. Wahid Nasir itu.
Ada sedikit kelainan yang diserap termasuk isu semasa pasal gejala lelaki lembut atau pondan yang sedang diperkatakan. Malah isu pondan gila yang memukul perempuan di Kuala Lumpur baru-baru ini turut diselitkan dalam nada komedi tapi sinis.
Watak Adik Chu lakonan Ashraf Muslim dalam pemantasan musim pertama tidak menunjukkan ke mana arahnya setelah melalui pelbagai dugaan dalam perjalanannya mencari diri apabila datang ke Kuala Lumpur. Tapi dalam edisi kedua ini, pada akhirnya Adik Chu mahu kembali ke pangkal jalan.
Demikian juga watak Abang Long lakonan datuk Jalaluddin Hassan yang akhirnya sedia menerima cinta seorang wanita yang menerima dirinya seadanya.
Teater itu membawakan pelbagai watak menggambarkan latar belakang lelaki lembut yang memilih jalan hidup picisan. Ada yang mencari makan di lorong dan ada juga yang menjadi show girl.
Sisi baik yang digambarkan ialah mereka sedia menggunakan kelebihan dan bakat yang ada bagi mengutip dana membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang.
Mereka berganding bahu mengadakan persembahan paperdolls bagi mengutip dana tersebut.
Apa kata pelakon
Radhi Khalid (Mami Sally)
"Saya terima watak ini kerana saya mahu memberi cabaran kepada diri saya. Saya akui watak saya tidak besar tapi sebagai pelakon, kita mahu melakonkan watak yang kita belum lakonkan."
Jalaluddin Hassan (Abang Long/Kak Kay)
"Dalam pementasan pertama dulu saya tidak dapat memberi komitmen yang lebih kerana sibuk dan kali ini saya cuba memberi komitmen yang lebih. Banyak pengajaran yang ada di dalam pementasan ini dan kita tidak boleh membuat kepada sesiapa sahaja dengan hanya nilai apa yang dilihat dari luar sahaja."
Ashraff Muslim (Adik Chu)
"Saya harap penonton yang datang akan dapat merasai apa yang kami cuba paparkan dalam pementasan ini. Saya rasa ssya sudah melakukan yang lebih baik berbanding pementasan pertama dulu."
Rosnan (Promadoa Makyung)
"Watak saya sebagai Primadona Makyong yang sudah tua dan akhirnya jadi gila apabila dirinya tidak diterima lagi. Saya dapat kebebasan membuat improvisasi sendiri oleh pengarah. Watak saya sebenarnya tidak banyak melibatkan pelakon lain, jadi tak banyak masalah walaupun saya jarang datang latihan."
Patung kertas turut menampilkan Vishnu, Kelvin Lau, Ebby Yus, Aishah Atan dan ramai lagi. Turut muncul penari paperdoll Ika Fancy Group.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: