Sudah beberapa bulan Mawi berkahwin. Sekarang peminatnya tunggu pula, bilakah mereka akan dengar berita Mawi bakal jadi bapa.
Mawi sendiri mengakui teringin menimang anak, malah dia dan isteri, Ekin tidak pernah merancang keluarga.
"Kami memang tidak merancang keluarga, tapi nampaknya belum ada rezeki lagi. Saya tak kisah dan tak mendesak sangat... kalau ada cepat okey dan kalau lewat pun okey," kata Mawi kepada Mangga Online.
Dia sedar sekarang ini ramai yang nak dengar berita pasal anak pula selepas dia berkahwin.
Ekin selalu masak di rumah
Sekarang Mawi dan Ekin tinggal berdua di rumahnya di Bangi, Selangor. Walaupun kerap dilhat berdua di luar, sebenarnya Ekin sempat masuk dapur.
"Biasanya kami makan tengah hari di rumah... Ekin yang memasak. Makan malam biasanya di luar ataupun kami beli sahaja semasa pulang.
"Saya bab makan ni tak cerewet. Malam-malam kalau di rumah tu... saya suruh Ekin buat cekodok dan kami makan itu sahaja pun dah okey," kata Mawi lagi.
Belum lagi gawat
Walaupun orang sibuk cakap pasal kegawatan, namun Mawi masih lagi belum nampak ke arah itu. Undangan mengadakan persembahan masih banyak diterimanya.
"Alhamdulillah masih banyak tawaran show yang saya terima" kata Mawi semasa ditemui pada majlis sidang akhbar Konsert Malam Seribu Karya di Saloma Bistro, Kuala Lumpur hari ini.
Mawi bersama barisan artis lain akan menjayakan konsert itu pada 18 April 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
Tiket berharga RM200, RM150 dan RM60 sudah mula dijual. Untuk maklumat boleh hibungi Kit di talian 019-2006788 atau 03-41475771.
Turut bersama dalam konsert yang dibawakan oleh Karya Hadani itu ialah Amy Search, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Nazrey Johani, Razak Ahmad, Rahmad (Mega), Yantzen, Sham, kumpulan Manik dan Ustaz Harun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: