JIKA banyak pasangan bercinta tidak menggemari hubungan jarak jauh, berbeza pula dengan penyanyi Katy Perry yang suka berbuat demikian kerana merasakan cara seperti itu dapat memberikan lebih ruang buat dirinya.
Menurut penyanyi yang meledak namanya menerusi lagu Hot And Cold ini, dia suka berada di dalam situasi yang mana dia dapat mempunyai masa untuk dirinya sendiri dan timbul perasaan rindu terhadap kekasihnya.
"Saya suka hubungan jarak jauh. Saya suka ada perasaan rindu untuk bertemu orang yang kita cintai dan kemudiannya berpisah semula untuk satu tempoh tertentu.
"Ia akan membuatkan kita menghargai detik itu. Bagi saya, ia cukup menyeronokkan," katanya.
Ditanya tentang perkahwinan pula, Katy hanya menjawab:
"Bila masanya sesuai, saya akan berkahwin."
Setelah berpisah dengan Travis, Katy dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa pemuzik termasuklah bekas kekasih Paris Hilton, Benji Madden dan penyanyi berusia 28 tahun, Josh Groban.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: