Sunday, April 12, 2009

Artis AF diburu orang bank?

Kasihan dengan artis Akademi Fantasia (AF) yang seorang ni. Yalah, dalam keadaan ekonomi yang merudum dan syarikat rakaman pula banyak gulung tikar, khabarnya orang bank mula memburu artis-artis termasuklah seorang artis AF ini.

Dengar ceritanya artis AF jambu ni dah enam bulan tak bayar ansuran keretanya. Memandangkan syarikat rakaman yang menaungi dia iaitu Maestro Records pun dah bungkus, khabarnya pihak bank tak ada pilihan lain sebaliknya terpaksa mencari artis ini.

"Aku dengar cerita kereta yang artis tu pakai dah nak ditarik balik dah. Orang bank tengah cari di mana artis ni duduk sekarang ni. Notis dah banyak kali bank hantar ke alamat rumah dia," kata satu sumber.

Tak boleh nak salahkan artis ni juga. Bila syarikat rakaman dia dah tutup, memang susahlah dia nak cari kerja lain. Pengajaran juga kepada si artis. Masa duit tengah banyak dulu kenapa bergembira sakan. Pakai kereta pun macam kereta anak Datuk! Sekarang kan dah susah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: