Monday, December 1, 2014

Penat punca Aishah tidak berdisiplin



AISHAH mengakui perkenalannya dengan seorang lelaki tidak berpanjangan ekoran sibuk di lokasi Cinta Ibadah.


MASIH dalam kelompok pendatang baharu dunia lakonan, namun nama pelakon yang berusia 27 tahun, Aishah Ilias mula terbakar dengan kisah panas apabila perilaku kurang sopannya terhadap kru di lokasi penggambaran drama rantaian Cinta Ibadah mula diperkatakan.
Pelakon berkulit sawo matang kelahiran Kuala Lumpur itu terkait masalah disiplin dengan rekod kehadiran ke lokasi yang sering lambat dan menyusahkan banyak pihak.
Berkesempatan bertemu dengan Aishah pada majlis meraikan tamatnya sesi penggambaran drama bersiri 130 episod itu di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pelakon yang mula menempa nama menerusi filem Paku itu mengakui memang pernah beberapa kali lewat tiba ke lokasi.
Dalam tenang, Aishah menerangkan, kelewatannya itu bukan sesuatu yang disengajakan, namun berkait rapat dengan jadual kerja dan durasi penggambarannya yang terlalu panjang.
KOSMO!: Aishah dikatakan berlagak diva di set penggambaran drama Cinta Ibadah sehingga sanggup menengking kru di sana. Selain itu, anda juga dikhabarkan sering datang lewat ke lokasi. Adakah dakwaan tersebut benar?
AISHAH: Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana gosip ini boleh terjadi. Sepanjang sesi penggambaran drama tersebut, tiada sebarang masalah berlaku. Kami semua baik-baik sahaja. Cuma, saya akui pernah datang lambat beberapa kali.
Apakah yang menyebabkan anda lewat ke lokasi?
Drama ini mengandungi 130 episod dan saya pula membawakan dua watak secara serentak iaitu Siti dan Rina. Justeru, setiap hari saya perlu berada di lokasi seawal pukul 7 pagi dan pulang sekitar 12 tengah malam.
Awalnya, tempoh masa kerja yang panjang itu menyebabkan saya berasa sangat letih. Disebabkan itu saya sering lewat kali ke lokasi. Namun, masalah itu tidak berlarutan, saya kembali mengikuti jadual yang diberikan.
Bagaimanakah reaksi pengarah mengenai perkara tersebut?
Kami berdua tidak mempunyai masalah. Kalau diikutkan, dia merupakan pengarah yang mengamalkan sikap tolak ansur. Saya suka bekerja dengannya.
Benarkah rutin melakonkan watak Siti dan Rina menjadikan anda terkongkong dengan jadual karier sendiri?
Benar, rutin saya setiap hari ialah menjayakan dua watak tersebut secara berganti-ganti, macam tidak tahu bilakah penamatnya. Sejak memulakan penggambaran sekitar Mac sehingga 25 November lalu, saya hanya diberikan cuti sehari sahaja setiap dua minggu. Namun, saya sentiasa bersikap positif kerana ini merupakan kerjaya pilihan saya.
Jadi, bagaimanakah kehidupan peribadi anda?
Saya memang jarang bertemu dengan keluarga saya. Jadi, selepas habis penggambaran, saya bercadang untuk bercuti dan membawa ibu saya ke bercuti selama seminggu.
Benarkah anda pernah ditinggalkan kerana terlalu fokus terhadap kerjaya?
(Sambil tertawa) Ya! Ketika mula-mula terlibat dengan Cinta Ibadah, saya baru mengenali seorang jejaka. Namun, hubungan tersebut tidak kekal kerana dia tidak dapat menerima cara saya bekerja.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: