Thursday, December 4, 2014

Zul Hamat Jawab Hal Ehwal Agama Dalam 'Bersama Ustaz'


PETALING JAYA: mStar Online akan menerbitkan sebuah segmen baharu dalam bentuk video iaitu Bersama Ustaz bermula Jumaat (esok) bagi memberi ruang kepada orang ramai bertanyakan soalan mengenai kemusykilan hal ehwal agama.

Program berkenaan akan dihoskan oleh Uztaz Zulkefli Hamat, 39, yang juga pengacara bersama Fizo Omar dalam rancangan Pencetus Ummah musim kedua siaran Astro Oasis.

Dalam segmen Bersama Ustaz ini, Zulkefli yang menggunakan namanya sebagai Zul Hamat akan menjawab soalan-soalan mudah yang menjadi persoalan orang ramai tetapi tidak dipastikan mengenai hukum-hakamnya.
mStar Default Image
Antara aksi ustaz Zul Hamat menjawab soalan dalam Bersama Ustaz terbitan mStar Online.

“Banyak persoalan mudah seperti hukum memotong kuku pada hari-hari tertentu, salah atau tidak mewarnakan rambut yang menjadi kemusykilan orang ramai.

“Perkara-perkara seperti itu akan saya jelaskan agar orang ramai faham adakah ia salah atau tidak dalam agama Islam,” katanya kepada mStar Online.
Untuk episod pertama Bersama Ustaz, beliau akan menjelaskan soalan hukum memakan makanan sembelihan orang Islam berfahaman Syiah dan hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu.

Orang ramai yang ingin bertanyakan apa sahaja mengenai masalah agama boleh e-melkan kepada ustaz.mstar@gmail.com

Program mingguan Bersama Ustaz ini menemui penonton setiap Jumaat hanya di mStar Online. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: